Wednesday, September 10, 2008

bulan ramadhan tiba lagi......













Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam





LEFTISTS ROLE IN INDEPENDENCE?


It is such press reports that arouse my curiosity to look at the overall story of sejarah kemerdekaan Malaysia when politicians debate that individuals branded as leftists also contributed to Malaysia's independence

The Early Voices in Sejarah Kemerdekaan Malaysia


So I read several references and trace the seeds of independence back in 1906 to moslem reformists, wishing to end colonial rule to establish an Islamic state, began publishing magazines and newspapers to promote their cause. They also formed political parties such as:


1. The first Malay political party, Kesatuan Melayu Muda in 1937 led by Ibrahim Haji Yaakob. Japanese occupation ended it.

2.Parti Kebangsaan Melayu Malaya after the war in 1945 backed by the Malayan Communist Party with Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin al-Helmi( who later also led PAS, the Islamic Party of Malaysia in 1956 ) and Ahmad Boestamam as key figures. The British banned it 5 months later.


3.Hizbul Muslimin led by Uztaz Abdul Bakar al-Baqir in 1948, was a faction of PKMM above. The British banned it in the same year.


These folks are pioneers of kemerdekaan in terms of time chronology but their political parties did not last long. Now, how about their associate the...


COMMUNISTS? - A Chapter of Bloodshed in Sejarah Kemerdekaan Malaysia


Their political ideology is the opposite of the capitalist British. However, they were useful allies during Japanese occupation, forming the most effective resistance force against the Japanese in Asia. The British supplied them arms and training and legalised their political party, Malayan Communist Party after the war.


The communists, mostly Chinese, also wanted independence for Malaya...in favour of a communist state, meaning equal rights for all races ( naturally ). So it was no surprise things turned sour when the Federation of Malaya established in 1948, which guarantees the special rights of Malays turned the communists to 12 years violent opposition, causing death of thousands. No wonder the government called them " pengganas komunis"!



Even after communist threat was declared over in 1960, it was only until 1989 they signed a peace treaty with the governments of Malaysia and Thailand to end their war of 'independence'.

BIRDS OF THE SAME FEATHER FLOCK TOGETHER


The moslem reformists disagreed with the British policies and having communist ties certainly did not endear themselves to the British.


Then entered Cambridge educated anglophile Tunku Abdul Rahman into a political arena at a time when the British were seeking to hand over Malaya into hands of prospective leaders who would continue to be on friendly terms with them. Aha!


Apart from winning landslide victories in polling booths, Tunku Abdul Rahman with his Chinese and Indian political allies managed to reach a settlement on issues pertaining to economy, education and citizenship while the Malays retain their special rights to rule Malaya.


That paved way for Malaya ( West Malaysia today ) to become independent on 31 August 1957 amidst communist threat.


Birth of a New Nation


In 1961 Tunku proposed the formation of Malaysia with British colonies Singapore, Sabah, Sarawak and Brunei. Initially all the four colonies agreed to join the federation. Brunei then pulled out due to an armed revolt staged to oppose its entry to Malaysia. Singapore was part of the newly formed Malaysia in 1963 but withdrew in 1965.


So this is briefly, sejarah kemerdekaan Malaysia and the rise of Bahasa Melayu as its national language which becomes Bahasa Malaysia as introduced by the National Language Act 1967 and reverted to Bahasa Melayu since 1990's. ( If that gives you a little headache, let me apologize...for the Merdeka spirit )


The Big Picture of Sejarah Kemerdekaan Malaysia


In the first place, why did Malaysia need kemerdekaan? I think it's time to look at Malaysia in the big picture of world history. I find this excerpt from The Columbia History of the World on the influence of Western civilization on the world most enlightening:


" After Columbus and Cortes had awakened the people of Western Europe to the possibilities, their appetite for converts, profits, and fame was thoroughly aroused and Western civilization was introduced, mainly by force, over nearly all the globe. Equipped with an unappeasable urge to expand and with superior weapons, conquerors made the rest of the world into an unwilling appendage of the Great European powers...The peoples of these continents [ Africa, Asia, and the Americas] were, in short, the victims of a ruthless, unrelenting exploitation."


Malaysia Hotels



The Lesson


Says Malay proverb:" Kalau baik buat teladan, kalau tak baik buat sempadan." In the context of history: Make the good portions your role model and if not good, discard them ( to make barriers ).





I like to compare notes on sejarah kemerdekaan Malaysia, it is a pleasure to find another Malaysian website with an article that mentions a bit on Sejarah Kemerdekaan Malaysia from a different angle- beginning with the assasination of J.W.W.Birch. The website is in English, so I translate the excerpt in Bahasa Malaysia.

From pulau-pangkor.com:


Pemerintahan British tidak diterima dengan sepenuhnya oleh orang Melayu. Residen pertama, J.W.W.Birch dibunuh semasa menjalankan tugasnya menguatkuasakan pentadbiran British di Perak. * Inilah permulaan perjuangan ke arah kemerdekaan yang akan dicapai pada tahun 1963.

Penyusunan Semula Selepas Peperangan


Pada 1946, seluruh Malaya ( kecuali Singapura yang menjadi jajahan British yang berasingan ) digabungkan menjadi jajahan British yang digelar Malayan Union. Oleh sebab tentangan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union menjadi kegagalan politik, dan selepas dua tahun diganti dengan Persekutuan Malaya yang longgar perikatannya pada tahun 1948.

Pada tahun 1948, komunis tempatan daripada Parti Komunis Malaya, hampir kesemuanya orang Cina, melancarkan pemberontakan, ini menyebabkan pengenaan darurat di Malaya ( darurat ini dimansuhkan pada tahun 1960 ). Kumpulan pejuang gerila tinggal di pangkalan sepanjang sempadan berceranggah selatan Negara Thai, kadang kala memasuki utara Malaysia. Pejuang-pejuang gerila ini akhirnya menandatangani satu perjanjian pendamaian dengan kerajaan Malaysia pada Disember, 1989.


Sentimen popular kemerdekaan menjadi berkobar-kobar semasa dan selepas peperangan dan Persekutuan Malaya merundingkan kemerdekaan daripada United Kingdom di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang menjadi Perdana Menteri pertama. Oleh sebab ini merupakan sebahagian daripada strategi anti-komunis dengan "mengambil hati", maka pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Malaya pada 31 Ogos, 1957. Malaysia tetap sebagai ahli Negara-negara Komanwel dan menjadi tuan rumah kepada sebilangan besar tentara British dan Komanwel sehingga perunduran kuasa British dari timur Suez pada lewat 1960-an.


Malaysia Kini


Persekutuan Malaya yang merdeka bergabung dengan jajahan British di Singapura, Sarawak dan Borneo utara ( dinamakan semula sebagai Sabah ) untuk membentuk Malaysia pada 16 September, 1963.
Pembentukan negara menimbulkan kontroversi yang hangat, kedua-dua negara Filipina dan Indonesia membuat tuntutan terhadap bahagian di Malaysia timur. Pemberontakan dalaman yang menyokong tuntutan tersebut ataupun kemerdekaan untuk daerah tertentu telah ditumpaskan oleh angkatan bersenjata Komanwel dan diikuti oleh tiga tahun keadaan separuh peperangan yang digelar Konfrontasi Indonesia di sempadan Indonesia. Sebagai konsesi terhadap pembantahan yang meluas, Brunei tidak dilibatkan dalam Persekutuan Malaysia, tetapi tetap di bawah perlindungan tentera British. Amerika Syarikat dengan tegasnya berjanji menyokong pembentukan Malaysia selepas satu perjanjian diplomatik rahsia dengan United Kingdom sebagai balasan sokongan British di Vietnam.


Footnote on Sejarah Kemerdekaan Malaysia

* There are two versions on the assasination of Birch:

1. The Malays confronted Birch at the river mouth of Pasir Salak, attacked him with a spear and threw him into the river. An ally of Dato Maharajalela, Sipuntum subsequently put him to death.


2.Siputum sneaked into the water underneath a bathing platform to end Birch’s life with a spear, while Birch was bathing.


# A political veteren from Perak in his memoirs relates the details leading to the assasination of Birch and the manner in which one of perpetrators was executed. The title of the book is " Malay Nationalism Before Umno -The Memoirs of Mustapha Hussein ". It is sejarah kemerdekaan Malaysia with a personal voice.

fadhilat bulan syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

fadhilat bulan rejab....

FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Sabtu bersamaan 6 Ogos 2005 (1 Rejab 1426 H).

SALAM SEJAHTERA PADA SEMUA WARGA CEKAK HANAFI SEKELIAN. MARILAH SAMA-SAMA KITA JADIKAN RENUNGAN PADA BULAN REJAB


FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Sabtu bersamaan 6 Ogos 2005 (1 Rejab 1426 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
EPuasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
EPuasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
EPuasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
EPuasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
EPuasa 5 hari - aman dari azab kubur.
EPuasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
EPuasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
EPuasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
EPuasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
EPuasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
EPuasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
EPuasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
EPuasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
EPuasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
EPuasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
EPuasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
ESesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
EBerpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
E Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
E Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
E Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Wasallam.

soalan csc 2.....

1) Think about your chosen profesion,how might computer and software enhance your productivity.

2) Describe several ways in which you see software changing offecting your profession.

secretary officer...
1) kalo buat surat, sekarang pakai komputer, dulu pakai mesin taip sekarang dengan adanya komputer, kerja menjadi lebih mudah dan cepat.
2) dokumen boleh simpan dalam komputer. dulu simpan dalam fail. simpan dalam komputer lebih mudah nak cari berbanding daripada dalam fail.
3) dari segi penghantaran surat, dulu susah kena pakai pos, sekarang lebih mudah dengan menggunakan fax atau email. dalam masa beberapa minit sahaja, dokumen tersebut boleh sampai dengan mudah.
4) jadual harian bos. dulu tulis dalam buku catatan peribadi, sekarang pakai pda sahaja. senang untuk dibawa ke mana-mana dan ada peringatan bagim mengelakkan daripada kecuaian atau terlupa.

soalan csc 1......

Bila anda membuat satu transaksi,banyak syarikat menggunakan komputer dan sistem maklumat untuk mengumpul data tentang anda seperti nama anda,alamat,nombor telefon,hobi dan rekod pinjaman dan kewangan tanpa memberi anda peluang untuk mengenal pasti maklumat tersebut. Apakah potensi masalah yang anda lihat dalam kes diatas?terangkan jawapan anda...

soalan:
1)keluarkan permasalahan kes tersebut dan terangkan kesanya.
2)jalan penyelesaian kes tersebut.

penyelesaian :

ia boleh mendatangkan masalah kepada kita dimasa akan datang jika terdapat sesuatu masalah yang terjadi. kita yang terpaksa bertanggungjawab dalam setiap masalah yang berlaku kerana ia adalah maklumat peribadi kita. kesan daripada kes ini ialah akan menyebabkan berlakunya pemalsuan dokumen. perlu ada penguatkuasaan undang-undang. contohnya seperti mendenda rm5000 atau dikenakan hukuman penjara.

Sunday, August 10, 2008

Biodata Lengkap Saya.....

Full name :Erni Juliana binti Mohammad
Tmpt Lahir :Ipoh, Perak.
Anak ke :3 daripada 4 adik brdk
Adk Brdik :2 orang kakak. 1 adik pompuan.
old school :Sek Men Keb Hang Kasturi.
Hobi :Mengumpul & Bermain alat muzik.
Ipt :Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka.
Matlamat :Menjadi anak yang terbaik kepada parent...